Sunday, April 24

Aku & Alam IPT

Assalamualaikum, hi. Terasa lama benar tidak menyentuh media sosial yg satu ini. Blog. Ya blog. Bila difikirkan balik, baru sedar kata kali terakhir aku singgah sini setahun yg lepas *sambil lap habuk*


***

Tipulah kalau aku cakap setahun aku biarkan blog ni terbongkang camni sebab takde idea nak menulis, tipu sangat. Sebab followers aku dekat twitter tu pun dah muak rasanya tengok aku membebel almost everyday dekat sana. “Asyik tweet je”-bak kata robin. Actually draft banyak je, tapi tak terasa macam nak post atas faktor takde masa, malas, tak cukup keyakinan, malas, wifi kena potong, malas, laptop yg problem hampir dua bulan haritu dan macam macam lagilah. Tu tak termasuk lagi dengan life as student yg cerita dia boleh tahan tragis tu ha okok dah boleh stop merepek.

***

Farah, 20, Ipoh. Seorang pelajar yg banyak merungut, berleter dan seorang yg kadang kadang tu terlebih honest..? Life aku takdelah best or gempak mana beb, tapi lepas lah kot nak buat as kenangan bila dah habis belajar nanti? I’m actually a very descent student, takdelah baik mana, takdelah alim mana, takdelah bijak or pretty with brain ke apa, takdelah dekan tetiap sem tapi tulah, Alhamdulillah setakat ni bahagia. Allah bagi nikmat untuk rasa peritnya belajar , Allah bagi rasa nikmatnya belajar sesuatu yg kita tak minat & akhirnya minat. Allah bagi rasa nikmatnya menuntut ilmu di jalan Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah lagi sebab so far even nak give up & dah fedup gila dengan studies in the end time final mesti boleh buat, in the end tak pernah lagi repeat mana mana subjek. Alhamdulillah. Semoga kekal prestasi sebegini amin.


Alhamdulillah dah nak masuk sem 5 pun, dah nak habis belajar pun. Final year dah ni weh  tinggal satu sem je lagi nak menapak dekat Ipoh ni Ya Allah cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam je msk, macam baru semalam je aku kutuk **** orang ni yg sekarang dah rapat pun dengan aku, rasa macam baru semalam menangis dalam bilik sorang-sorang sebab takde ramai kawan. Benar, semuanya seolah-olah seperti baru terjadi semalam. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya, kesakitan tu semua hanya sementara. Semakin hari semakin Allah memberi apa yg aku perlukan, apa yg aku doakan. Alhamdulillah.


Alam IPT bagi aku bukan sesuatu yg mudah, terutamanya bagi noobers macam aku, orang kampung, kurang bersosial & don’t have any  kakak or abang untuk guide kau apa itu “alam ipt” . First week of classes ha terlopong tak sudah. HPNM tu apa? Pointer tu apa? Kenapa semua macam nak pointer tinggi? AKJ tu apa? Kenapa lecturer ajar pakai notes je tak kena tulis tulis apa pun? PTPTN tu apa? Aku kena ambil ke benda alah tu? bayaran itu ini dan macam macam lagi lah yg memeningkan. Senang cerita, sesat sewaktu di semester 1 ini  bagaikan tiada penghujungnya. In the end of semester 1, aku survive. Alhamdulillah :’)


p/s: nak story pasal sem 1 je dulu. sebab takut nanti lupa sebab dah umoq 20. Dah tua


Time sem 1 ni boleh kata zaman kejatuhan kesedihan aku yg tak berpangkal lah ha. Main reason dia sebab dapat tawaran sambung belajar course yg diri sendiri tak berapa nak minat. Entah mana sesatnya dapat course computer jadah ni padahal minat dekat engineering. ENGINEERING TAK BALAS CINTA AKU WEH CINTA TAK BERBALAS AHAHHAHA. Takpelah, ada hikmah. Banyak sangat hikmah yg aku sendiri tergamam bila difikirkan balik. Allah sayang aku weh :’> Cerita dia time sem 1 memang memberontak habis lah, first class je dah macam “er ramainya perempuan I can’t live like this”. Padahal classmate 24 orang je, 12 perempuan & 12 orang lelaki. Kenapa farah macam ni? Maybe sebab dah terbiasa dikelilingi lelaki. Tetambah lagi dulu zaman sekolah kelas aliran engineering ha memang aw ler~~~  Tapi tulah, sampai sekarang macam ergh dokleh weh pompuan ramai2 go away from my life dokleh hidup aku gini ahahaha.


Masuk course it satu cerita, lepas tu time sem 1 tu boleh pulak kawan lelaki yg ada budak kelas je ya rabbi memang rasa teruk gila time tu. sebab targetnya lepas je sambung belajar ni nak cari kawan engineering, kalau boleh mechanical lah sebab nak ajak study sesama tapi boleh pulak jadi camtu ha hahahaha. Tapi bila difikir balik semua benda ni serius rasa nak gelak, terharu, sedih semua lah ha sebab sekarang  hidup aku jauh beza dengan sem 1 dulu. Alhamdulillah, kawan mechi ramai sangat sekarang. Senior pun baik baik je. Notes dengan silibus pun tahu & dapat sebab kawan kawan ni semua selalu update dengan aku. Alhamdulillah, maseh weh. Sometimes diorang tanya gak  “kenapa nak belajar mechi? Kau budak it kan?” yup betul aku budak it, berkaca mata empat yg paling comel sekali dkt jtmk tu ahahhaha asdfghjkl ok joke joke. Boleh dikatakan aku ni macam it student yg berjiwakan engineering lah. Banyak sangat sebab kenapa engineering bagi aku ni best. Tetambah lagi bab machine semua :/



Ok tu jelah nak cerita. Tak pandai nak story pepanjang. Cukuplah nanti boleh bukak balik and buat flashback sikit. Btw,terima kasih sudi baca ? Takde aral apa apa kita jumpa lagi. Assalamualaikum J