Sunday, May 24

MSK di PUO


Ok, Assalamualaikum dan hi ye kepada semua yg terjumpa entri ni !! *tetibe eksaited* Tak kira lah sama ada anda ni layak saya panggil adik-adik,kawan mahupun pakcik makcik. Selamat membaca diucapkan and yup salam perkenalan. Nama aku #@%U#I* dan cukuplah kenal aku as Farah. Tujuan aku buat entri ni sebab nak bantu adik-adik yg baru nak masuk poli ni ha, nak bagi panduan, terutama bagi yg nak masuk PUO awok yg tercinta. So takdelah cuak sangat nanti or kengkabut hehe.

 Banyak sangat masalah yg timbul,persoalan demi persoalan yg aku dapat setiap hari (terima kasih pada ijat T.T ) daripada mereka-mereka yg baru nak melangkah ke Politeknik Ungku Omar ni ha.Aku hanya mampu jelaskan apa yg saya tahu, mampu bantu apa yg tahu. Amaran keras pada senior ,jangan baca benda ni sebab mungkin korang akan nampak aku poyo buat bendalah ni. Tak pasal-pasal dapat dosa free . Kan?

Bismilahhirrahmanirrahim~

Dekat Twitter,WhatsApp, ramai yg tanya ;


kak msk ni pakainya  macam mana”
“kak tudung boleh berbelit ke tak”
“tudung hitam boleh corak-corak ke tak”
“kain nak pakai jenis apa”  


Dan lain-lain.
Ketahuilah,soalan last tu lah yg buat aku tepuk dahi aku. Bapak betul budak ni,cuak agaknya nak ber-MSK.
Tak kurang soalan-soalan lain yg timbul bagi pihak junior kepada senior,


“ni bayaran nak buat camna”
“kejap dapat kamsis kejap tak dapat mana yg betul?”
“cara nak duduk kamsis bila tak dapat kamsis???”
“saya tersilap bayar nak buat camne ni ?”


Dan lain-lain soalan yg hanya HEP ( orang yg kerja dkt office )je mampu jawab. Dirku hanyalah rakyat PUO yg ingin berjasa selagi mampu.
Ok adik adik !!! Jauh kita berlari tadi :D

MSK ada banyak dekat PUO ni, aku sendiri tak sure ada berapa banyak tapi yg pasti, ada 3 yg common and yg mostly pelajar akan hadapi. MSK Kampus , MSK Kamsis & MSK Jabatan. Ada jugak sesi perkenalan bagi persatuan-persatuan/kelab yg famous dkt poli cam Sahabat MPP, PRS,PSSI,RAPI, tapi yg tu tak sampai sehari, just take a few hours (depends) and dekat situ korang akan didedahkan dengan penglibatan senior-senior sebelumnya dan akan jadi kagum tak semenanya bila dengar sejarah PUO.



MSK Kampus

Okey, kita mulakan dengan yg kampus dulu ye. MSK Kampus ni yg paling penting, yg duduk luar (rumah sewa) or Kamsis still need to face this type of MSK. Banyak jugak soalan yg aku dapat mengenai MSK Kampus ni, antaranya ?

“best ke tak MSK ni”

Soalan paling best.Gila kau tak best? Mwahahaha. All of you will be experience it so, tak best la kalau cerita awal-awal apa yg MSK Kampus ni buat. Aku cuma nak sentuh sikit-sikit je. Bab MSK ni ramai yg konfius bab pemakaian. Sebab yg dalam buku panduan tulis berbaju putih dan berseluar/kain hitam” Banyak yg macam sangsi sikit. Kalau zaman aku dulu kitorang panggil tema taik cicak hahaha agak kurang sopan tapi itulah fakta.

Untuk pengetahuan semua, sewaktu Minggu Suai Kenal di PUO, dan mana-mana poli (kalau tak silap), pemakaian anda adalah bertemakan hitam dan putih seperti yg dinyatakan dlm buku panduan yg korang dah download tu. Korang kena pakai je hitam putih tu sampai lah dapat arahan kata boleh tukar baju. Amaran keras !! Jangan gegalak nak berjeans waktu MSK, rambut ntah apa-apa, tak bertudung dan pakai suka hati. Dah besar kan? Pandai fikir kan? Macam mana nak jadikan Malaysia as negara berkelas pertama kalau rakyatnya tak boleh nak ikut benda simple camni ? Tolong ikut. I will go through tatacara pemakaian for girls and guys. Lelaki maybe simple but perempuan cam ada masalah sikit kot hahah


Lelaki
-Berpenampilan kemas
-Berbaju kemeja putih (pakai yg zaman sekolah dah ok sebenarnya)( MSK je)
-Berseluar slack hitam (bukan jeans)
-Rambut yg kemas dan yg ikut peraturan (rujuk buku panduan)
-Memakai tali leher yg berwarna hitam sepenuhnya.


Ok tu je. Yg lain check sendiri. Aku malas nak cari buku tu balik. Bab tali leher, nak sentuh sikit, sebab benda tu mostly lelaki akan buat endah tak endah pastu jadi pening nak cari tie mana bila kena tangkap nanti so baca leklok. Tie tu memang kena hitam semua, no corak corak. PLAIN HITAM. Kalau ada yg dah beli cecorak tu, jangan kedekut nak beli yg plain hitam yg baru. Yg tak jumpa dekat kedai pulak, cari leklok. Pastikan ada kalau rasa nak hidup tenang time MSK. Aku dah cuba terangkan, kalau still pakai, pepandailah survive. Tetambah yg duk kamsis, jangan menangis kalau ada masalah ni nanti.


Perempuan
-Berketerampilan kemas
-Bertudung Hitam (Muslimat)
-Berbaju Kurung Putih (baju sekolah dulu dik)
-Berkemeja putih
-Berseluar Slack
-Memakai kain berwarna hitam.
-Pakaian tak ketat dan sopan.


Okeh girlsss, tudung warna hitam je boleh. HITAM. Girls ada banyak koleksi gagak hitam so aku rasa takde masalah kot.  Pasal corak, selagi nampak hitam pakailah. Glitter sikit-sikit ok je. Bawal & Shawl boleh pakai selagi berwarna hitam . Rasa nak pakai tudung jenis lain pun ok je. Maklumat tambahan, kalau boleh shawl dan bawal yg jenis jarang tu pakai inner lah ye. Nampak lebih tertutup sikit. Hiks. Baju pulak jangan ketat ketat sangat. Haa amaran kalau aku nampak yg pakai keketat jangan marah kalau ditegur ye “ehem “. Sakit mata nengok hehe. Seluar pun jangan keketat wei !! Bab kain, nak pakai kain pesen kain sekolah pun boleh,maxi skirt pun boleh ,apa-apa je asalkan kain. Kain mestilah HITAM. Ingat ye dik ni bukan provokasi tapi orientasi.

MSK Kampus ni bagi aku tak berat sangat. Ok lagi dari kamsis sebab kampus korang banyak duduk je dibuai aircond dewan nan indah. Paling penting korang akan rasa letih dan rasa nak tido jelah nanti... sebelum kantoi baik fikirkan usaha untuk tak kantoi. Makan pagi ada disediakan (kalau tak silap) tapi cam roti camtu jelah alas perut. Tapi lunch korang kena beli sendiri. Kafeteria kampus bukak,kamsis pun bukak so ikut korang nak makan dekat mana. Solat jangan lupa ok?? Surau pun dekat Alhamdulillah.

Kalau ikut pengalaman aku dulu, lunch aku tak amik, habis sehari MSK tu baru aku makan sebab  nak diet and heee malas gila nak berebut dekat kafe cuz i hate crowded placeszzz sorry. Sesi MSK dekat kampus maybe dalam 3/4 hari atau lebih atau kurang (depends), started at 8am till 5pm mwahahaha mohon korang cari kekuatan mental & fizikal awal-awal ye. Kepada adik-adik, apa pun rojer arahan time MSK. Akak korang ni dah lama tinggalkan MSK :p


MSK Kamsis

Okey kita masuk part kamsis lak. Ramai dengar cerita kata MSK Kamsis tak best? Yeke? Ikut pengalaman aku ok je hehe. Serious talk, MSK Kamsis paling best kalau nak dibandingakan dgn yg lain sebab time tu kau akan lebih kenal ramai orang sebab banyak team building yg korang akan buat. Banyak aktiviti berkumpulan dan banyak benda baru lah yg korang akan tahu. MSK Kamsis memang penat sikit. Yelah, korang habis MSK Kampus  5 ptg camtu, MSK Kamsis pukul 6 dah boleh start omegihhhhhhh haha ok je sebenarnya, takde masalah sangat. Cuma masalahnya kena beratur utk beli makanan dekat kafe, tak dapat nak mandi,tak dapat nak tido kejap and so on haha.

MSK Kamsis usually start 6pm-7pm ,pastu rehat jap sampai isyak then 9pm sambung balik untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti malam usually start at 9pm finished at 11pm/12am depends student punya attitude la.Tak cakap kamsis ni straight tapi jagalah budi pekerti ye.  Selalunya pukul 6 tu utk riadah je. But depends, maybe ada perubahan. Takkan semua nak cerita kan? Tak happening la haha. Paling sempoi, sebab korang akan pergi dewan, masuk kampus utk beberapa hari ,waktu memalam buta pastu  HAHAHA pastu nampak memacam HAHAHA gurau je leklu. Allah kan ada ?

Pemakaian waktu MSK Kamsis adalah pakaian riadah yg sopan dan menutup aurat. Paling penting jangan ketat singkat kalau aku nampak siap la girls !!! Baju batik ada guna, tapi waktu tertentu, time majlis formal, time ada warden and so on. Aku nasihatkan, time minggu MSK ni, jangan basuhlah baju batik tu, buat penat je. Tak busuk pun. Kalau busuk letak spray. Bukan apa , guna kejap kejap je tapi nanti penat lak kalau nak basuh bagai. Pasal kemudahan dekat kamsis and pasal kamsis so on, JPK akan ceritakan dekat korang nanti. So don’t worry. Aku tak mampu nak cerita pasal kamsis semua, so search google.

Bagi yg dapat kamsis, hari-hari anda waktu MSK adalah sangat padat. Sebab kampus 8pg-5ptg, Kamsis 6ptg-7ptg, 9mlm-11/12mlm. Oh ye, waktu MSK, pelajar kamsis tak dibenarkan pulang ke rumah. Thank you.


MSK Jabatan

Ok, last part. MSK jabatan ni bagi aku takde ape sangat. Jabatan ni refer kepada course yg korang amik, cam Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM), Jabatan korang Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) so korang akan ada orientasi dgn JKM, tak sure berapa lama, tapi tak selama MSK Kampus atau Kamsis lah. Tak penat pun. Pemakaian biase biase je, cam gi kelas. Selalunya MSK Jabatan paling last, lepas MSK Kampus dgn Kamsis habis but depends. Im not really sure about this just mentally preapared yourself.

MSK Jabatan lebih kepada korang akan kenal siapa ketua jabatan.. cam JKM ,Mejar Zairi. Kenal siapa ketua program korang, Ahli jawatankuasa pelajar (skop jabatan) and so on. tak penat tapi maybe bosan kalau ikut aku lah hehe

Okeh, tu  je aku mampu ceritakan berdasarkan apa yg aku tahu. Maaf kalau ada maklumat tak cukup and so on. Kesian tengok junior sebab aku taknak korang jadi cam aku dulu, lack of information. At least kalau ada sikit maklumat kita boleh preapare. Apepun, maaf jugak kalau tersalah , tersilap bahasa tersalah kata,aku pun bukan baik sangat. Yg kata ganti diri dari saya ke aku tu pun minta maaf lah ye sebab nak bercerita tak biasa ber’saya’ ni awkward haha.

Korang, kalau ada apa-apa lagi boleh tanya dkt twitter (@farahrider) or ig (frahabdl) or whatsapp. 
Terima kasih sudi membaca. Selamat datang ke alam ipt, alam yg penuh cabaran. Belajar leklok ye.Assalamualaikum ;)